Isnin, 26 September 2011

1st Attemp of ANGELBEATS MIRA 2011 in Ipoh

AUTOSHOW GEGARIA HARIAN METRO 2011
DATARAN IPOH 
PERAK


Autoshow kembali lagi sempena Karnival Gegaria Harian Metro 25 September ( round 2 )
Buat julung2 kali setelah lama berehat, skali skala rindu gak utk beraksi...
Rindu utk bertemu rakan2 autoshow yg lain....Org dtg tempat kita... mesti lar nk diraikan....
Ape2 pon autoshow kali ni memang byk kreta2 terbaek, saingan yg sengit....
Tahniah kepada yg berjaya...


AKSI SULUNG ANGEL BEATS MIRA 2011
"1st Attemp of ANGELBEATS MIRA 2011"
4th places in Perodua Modified Category


Lama x beraksi.. sampai lupe nk hias keta cmne... hehehhehehe
hiasan ala kadar , piala pon kecik2 je..
malu pon ada coz dikelilingi kreta2 rare dan terbaek...









Dalaman yg serba ringkas.. 
Lupe lak nk tangkap ruangan dlm & blkg kreta

Tgh duk lepak2 ade pulak si Nazmi RajaLawak..
ape lagi.. ajak bergambo ler...
bukan slalu dapat peluang mcm ni....
Saye lupe lar.... saye lupe... :-)
 
 org buh lighting, aku pon nk gak...
tp xde le yg gerak2 punye ler... x mampu... huhuhuh
lantak.. janji ada sudah....

lampu dalaman yg sedang2 saje...
klau duk dalam berpinau bijik mate...
huhuhuhuhu






Alhamdulillah..... Ade gak rezeki di Ipoh ni...
Walaupon bukan johan... dpt blkg2 pon jdler...
Menang tmpt ke-4 PERODUA MODIFIED
Ade jugak koleksi piala 2011..
baru nk pencen tp skali skale jumpe kgkawan ok kot... hehheeheeh

TERIMA KASIH PADA SOKONGAN MORAL YANG DIBERIKAN
SERONOK DAPAT JUMPE KENGKAWAN BARU & LAMA
KORANG MEMANG BEST


1st Attemp of ANGELBEATS MIRA 2011
4th places in Perodua Modified Category
"all de best"


Sabtu, 10 September 2011

SELAMAT MAJU JAYA PELAJARKU



Pejam celik, pejam celik...
cepat betul masa berlalu...
dah 5 tahun aku bersama mereka...
boleh baca yg mana berjaya cepat, yg mana berjaya lambat...
so
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011
masih belum terlewat utk exam yg final SPM 2011

Wish ya all Try Ur Best
AMIN

Isnin, 5 September 2011

KOMPONEN LITAR PENDAWAIAN JENIS PETI SEJUK



LITAR PENDAWAIAN PETI SEJUK

Litar peti sejuk adalah litar yang paling asas dalam sistem penyamanan udara dan penyejukan. Berpandukan pada litar tidak terdapat banyak komponen-komponen elektrik. 


Diantaranya;

Suis Pintu.
Lampu.
Larasuhu (Thermostat).
Pelindung Beban Lampau (Overload).
Motor Pemampat (Compressor).
Geganti Arus (Relay).

FUNGSI KOMPONEN ELEKTRIK PADA LITAR PETI SEJUK

Sius Pintu

Berfungsi sebagai suis yang terletak di pintu. Dimana apabila pintu dibuka suis ini akan beroperasi dan mengalirkan arus ke lampu (MENYALA). Apabila pintu peti sejuk ditutup suis akan mematikan lampu.



Lampu


Memudahkan pengguna untuk melihat atau mengambil barang yang disimpan di peti sejuk. 



Larasuhu


Digunakan untuk mengawal suhu di dalam peti sejuk atau bilik pada kadar yang dikehendaki. Ia beroperasi dengan memutuskan litar pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk atau bilik mencapai suhu yang ditetapkan dan menghidupkan litar pemampat apabila suhu di dalam ruang tersebut semakin meningkat. Laras suhu biasanya diletakkan di bahagian dalam peti sejuk.

Terdapat dua (2) jenis Laras suhu yang biasa digunakan :

Laras suhu dwilogam.

Laras suhu buli perasa.


Cara Menguji Thermostat Menggunakan Multimeter

Laraskan thermostat pada kedudukan OFF.

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai pengujipada dua (2) punca thermostat.

Jarum penunjuk multimeter tidak bergerak dan kemudian laraskan thermostat pada kedudukan 1, 2, 3 & seterusnya, jika jarum penunjuk multimeter bergerak (keterusan) ia menandakan thermostat tersebut berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.




Pelindung Beban Lampau 


Terletak bersentuhan dengan badan motor pemampat. Beroperasi dengan perubahan suhu di pemampat. Memutuskan litar apabila suhu di badan pemampat meninggi atau pemampat berkerja pada keadaan beban lampau. Ia mengelakkan kerosakan pada pemampat.


Cara Menguji Pelindung Beban Lampau 


Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di overload.

Jika jarum penunjuk naik atau bergerak, ia berkeadaan BAIK dan sebaliknya.




Motor Pemampat 

Terletak di bahagian bawah. Menggerakkan piston di dalam pemampat untuk proses mampatan. Terdapat dua gegelung didalamnya iaitu gegelung permulaan dan gelung larian. 



Cara Menguji Pemampat 


Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Terdapat 3 punca di motor pemampat
(Common, Starting & Running).

Sentuhkan dawai penguji pada (rujuk rajah 1.2) 


1 + 3 = (dapatkan bacaannya)


1 + 2 = (dapatkan bacaannya)


2 + 3 = (dapatkan bacaannya)

CONTOH :=

P 1 = 10 W

P 2 = 8 W
··
P3 = 6 W 


Tiga punca pada pemampat


Keputusan yang diperolehi;


- Punca yang setentang dengan nilai yang paling tinggi ialah COMMON (punca 1)

- Punca yang setentang dengan nilai yang kedua tertinggi ialah STARTING (punca 3).

- Punca 2 ialah RUNNING.

Jika nilai ketiga-tiga atau dua terdapat sama, pemampat tersebut adalah rosak. Begitu juga jika ketiga-tiga punca tersebut mempunyai keterusan dengan badan pemampat.






Geganti Arus

Geganti arus digunakan untuk menaikkan arus permulaan untuk menggerakkan pemampat di awal operasi dan kemudiannya menukarkan gelung larian untuk operasi yang biasa. Ia biasanya terletak di antara punca starting dan running.

Cara Menguji geganti Arus Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di geganti arus.

Jika jarum penunjuk bergerak, geganti arus berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.