Tahun Peristiwa
1902
Bangunan pertama yang dipasang penyaman udara ialah bangunan Armour di Kansas, Amerika Syarikat.
1906
Willis Carrier mempatenkan ciptaannya, sistem kawalan kelembapan, yang dapat diaplikasikan pada penyaman udara sebagai kawalan automatik pengatur suhu.
1906
Bangunan Larkin Administration yang dirangka arkitek terkenal, Frank Lloyd Wright, direkabentuk untuk menggunakan penyaman udara sebagai pengatur udara.
1906
Hospital Boston Floating mula menggunakan penyaman udara untuk mengekalkan suhu udara pada 71ºF, dengan kelembapan 50 peratus.
1916 Clarence Birdeyes menciptakan sistem pendinginan seketika yang digunakan di kilang-kilang makanan. Tujuannya adalah untuk mengawetkan makanan secara lebih sihat.
1914
Fred Wolf, Jr. memasarkan penyaman udara ciptaannya yang menggunakan termostat secara automatik di Chicago.
1928
Klorofl uorokarbon (CFC) ditemukan oleh General Motor. CFC dipasarkan dengan nama freon.
1929
Penyaman udara dipasarkan oleh syarikat Frigidaire. Alat ini seberat 1 tan dan dirancang untuk dipasang di luar rumah atau di ruang bawah tanah.
1930
Penyaman udara dipasang di dalam kereta api.
1936
Alber Henne, yang turut menemukan CFC, menemukan bahan kimia refrigerant r-134a, yang dikatakan selamat untuk lapisan ozon.
1938
Penyaman udara yang dapat digunakan dengan mudah, iaitu disambungkan pada plag elektrik dipasarkan.
1939
Kenderaan-kenderaan yang dipasarkan oleh Packard menawarkan penyaman udara sebagai bonus pembelian.
1969
Setengah daripada jumlah pengeluaran kenderaan Amerika Syarikat telah dilengkapi penyaman udara.
1987
Montreal Protocol – perjanjian untuk mengurangkan penggunaan freon demi melindungi lapisan ozon ditandatangani.
1992
US Energy Policy Act menggalakkan bangunan di Amerika Syarikat untuk meminimumkan penggunaan penyaman udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan