Selasa, 22 Januari 2013

Sayonara K-Kompak 2004-2013



Salam Hormat,
Saya selaku Editor K-Kompak memaklumkan bahawa isu 97 merupakan ISU TERAKHIR terbitan Summit Publishers Sdn. Bhd. K-Kompak TIDAK AKAN DITERBITKAN di bawah syarikat Summit Publishers Sdn. Bhd.
Apapun saya terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Summit Publishers Sdn. Bhd. Selaras dengan itu, saya tidak bersama lagi di Summit Publishers Sdn. Bhd. Harap maklum.
Maaf kepada semua yang telah menghantar gambar atau buletin kepada pihak kami kerana tidak dapat diterbitkan. Kesempatan ini saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong K-Kompak dari mula diterbitkan hingga kini.
Saya dan semua warga Summit Publishers Sdn Bhd menyusun jari memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan jika ada. 

Jutaan terima kasih buat semua. Harapan semoga dunia K-Car akan lebih hangat dan subur untuk tahun tahun seterusnya. Sekian terima kasih. KECIL-RANGGI-POWER
# Jika K-Kompak dapat diteruskan bersama Publishers yang baru atau saya membuat majalah Baru, harapan anda akan terus menyokong saya.


Salam Terakhir - Sudirman
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

IBRAHIM BIN SALLEH
EDITOR

From := http://www.facebook.com/groups/kkompak


Long Life K-Kompak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan