Khamis, 25 Ogos 2011

KITARAN ASAS PENYAMANAN UDARA




Kitar penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin mengalir ke sistem yang mengandungi empat komponen utama iaitu

A)pemampat,
B)pemeluwap,
C)peranti pemeteran
D)penyejat. 



Pemampat akan menyedut bahan pendingin wap bahan pendingin dari saluran sedutan dan memampatkanya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke pemeluwap melalui saluran nyahcas.

Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat.Semasa haba disingkirkan, proses pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke peranti pemeteran.

Peranti permeteran berfungsi untuk merendahkan tekanan dan juga suhu cecair bahan pendingin ke penyejat.

Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan. Semasa penyerapan haba, berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah. 

Seterusnya, bahan pendingin mengalir ke
pemampat dan kitaran bermula lagi.

Jenis dan Prinsip Kerja 
Sistem Penyamanan Udara

Terdapat lima jenis system penyamanan udara, iaitu unit penyamanan udara jenis tingkap ,unit penyamanan udara jenis pisah,unit penyamanan udara jenis pisah terbilang,unit penyamanan udara kemas siap dan unit penyamanan udara jenis air dingin.

(a) Unit penyamanan unit jenis tingkap

• Unit ini dipasang pada dinding atau tingkap didalam bilik yang hendak didinginkan.

• Unit ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pemeluwap(terletak di luar bilik)dan bahagian penyejatan(terletak didalam bilik)

(b) Unit penyamanan Udara Jenis Pisah

• Unit jenis pisah ialah system penyamanan udara yang berasingan diantara bahagian penyejukan dan bahagian pemeluwap

(c) Unit penyamanan Udara jenis Pisah Terbilang
• Unit penyamanan udara jenis pisah berbilang menggunakan sebuah unit luar dan dua atau tiga buah unit dalam.

(d) Unit penyamanan udara jenis kemas siap berbilang
• Komponen unit penyaman udara jenis kemas siap diletakkan didalam sebuah tempat berbentuk kotak.

• Sistem ini digunakan untuk bilik yang luas dan besar seperti dewan dan muzium.

1 ulasan:

  1. bang.. nk tnya yg lay out kitaran asas yg abang bg salah 2 bang.... cuba tgk balik..

    BalasPadam