Selasa, 30 Ogos 2011

SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS TINGKAP


Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. 

Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya. 

Unit penyaman udara jenis tingkap diletakkan dalam satu kerangka dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu unit pemeluwapan dan unit penyejatan. Unit pemeluwapan terletak di luar tingkap atau dinding. Manakala unit penyejatan terletak di dalam ruang atau bilik yang hendak didinginkan.

Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah (kekal).


Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan