Isnin, 5 September 2011

KOMPONEN LITAR PENDAWAIAN JENIS PETI SEJUK



LITAR PENDAWAIAN PETI SEJUK

Litar peti sejuk adalah litar yang paling asas dalam sistem penyamanan udara dan penyejukan. Berpandukan pada litar tidak terdapat banyak komponen-komponen elektrik. 


Diantaranya;

Suis Pintu.
Lampu.
Larasuhu (Thermostat).
Pelindung Beban Lampau (Overload).
Motor Pemampat (Compressor).
Geganti Arus (Relay).

FUNGSI KOMPONEN ELEKTRIK PADA LITAR PETI SEJUK

Sius Pintu

Berfungsi sebagai suis yang terletak di pintu. Dimana apabila pintu dibuka suis ini akan beroperasi dan mengalirkan arus ke lampu (MENYALA). Apabila pintu peti sejuk ditutup suis akan mematikan lampu.



Lampu


Memudahkan pengguna untuk melihat atau mengambil barang yang disimpan di peti sejuk. 



Larasuhu


Digunakan untuk mengawal suhu di dalam peti sejuk atau bilik pada kadar yang dikehendaki. Ia beroperasi dengan memutuskan litar pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk atau bilik mencapai suhu yang ditetapkan dan menghidupkan litar pemampat apabila suhu di dalam ruang tersebut semakin meningkat. Laras suhu biasanya diletakkan di bahagian dalam peti sejuk.

Terdapat dua (2) jenis Laras suhu yang biasa digunakan :

Laras suhu dwilogam.

Laras suhu buli perasa.


Cara Menguji Thermostat Menggunakan Multimeter

Laraskan thermostat pada kedudukan OFF.

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai pengujipada dua (2) punca thermostat.

Jarum penunjuk multimeter tidak bergerak dan kemudian laraskan thermostat pada kedudukan 1, 2, 3 & seterusnya, jika jarum penunjuk multimeter bergerak (keterusan) ia menandakan thermostat tersebut berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.




Pelindung Beban Lampau 


Terletak bersentuhan dengan badan motor pemampat. Beroperasi dengan perubahan suhu di pemampat. Memutuskan litar apabila suhu di badan pemampat meninggi atau pemampat berkerja pada keadaan beban lampau. Ia mengelakkan kerosakan pada pemampat.


Cara Menguji Pelindung Beban Lampau 


Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di overload.

Jika jarum penunjuk naik atau bergerak, ia berkeadaan BAIK dan sebaliknya.




Motor Pemampat 

Terletak di bahagian bawah. Menggerakkan piston di dalam pemampat untuk proses mampatan. Terdapat dua gegelung didalamnya iaitu gegelung permulaan dan gelung larian. 



Cara Menguji Pemampat 


Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Terdapat 3 punca di motor pemampat
(Common, Starting & Running).

Sentuhkan dawai penguji pada (rujuk rajah 1.2) 


1 + 3 = (dapatkan bacaannya)


1 + 2 = (dapatkan bacaannya)


2 + 3 = (dapatkan bacaannya)

CONTOH :=

P 1 = 10 W

P 2 = 8 W
··
P3 = 6 W 


Tiga punca pada pemampat


Keputusan yang diperolehi;


- Punca yang setentang dengan nilai yang paling tinggi ialah COMMON (punca 1)

- Punca yang setentang dengan nilai yang kedua tertinggi ialah STARTING (punca 3).

- Punca 2 ialah RUNNING.

Jika nilai ketiga-tiga atau dua terdapat sama, pemampat tersebut adalah rosak. Begitu juga jika ketiga-tiga punca tersebut mempunyai keterusan dengan badan pemampat.






Geganti Arus

Geganti arus digunakan untuk menaikkan arus permulaan untuk menggerakkan pemampat di awal operasi dan kemudiannya menukarkan gelung larian untuk operasi yang biasa. Ia biasanya terletak di antara punca starting dan running.

Cara Menguji geganti Arus Menggunakan Multimeter

Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.

Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di geganti arus.

Jika jarum penunjuk bergerak, geganti arus berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.

10 ulasan:

  1. kalau on je plug peti sejuk terus elektrik trip..apa benda yg rosak..on je blackout..

    BalasPadam
  2. bro blh try cek wiring... takot ade yg luka... touch body... kena check penyambungan.. kalau 2 ada yg longgar dsb... jgn lupa cek socket 3pin plug outlet... kdg2.. socket tu pon boleh jd meragam juga... harap dpt membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum... saya pun punya masalah sebegini?? Suis peti sejuk on ja pasti rumah menjadi gelap gelita(trip).... saya dah check socket Alhamdulillah wayar semua ok... n dah tukaq pun benda kecik tue(plug) kot.. maaf saya just nak tau.. berapa haarga yea kalau kita panggil orang wiring?

      Padam
    2. Assalamualaikum... saya pun punya masalah sebegini?? Suis peti sejuk on ja pasti rumah menjadi gelap gelita(trip).... saya dah check socket Alhamdulillah wayar semua ok... n dah tukaq pun benda kecik tue(plug) kot.. maaf saya just nak tau.. berapa haarga yea kalau kita panggil orang wiring?

      Padam
    3. Assalamualaikum... saya pun punya masalah sebegini?? Suis peti sejuk on ja pasti rumah menjadi gelap gelita(trip).... saya dah check socket Alhamdulillah wayar semua ok... n dah tukaq pun benda kecik tue(plug) kot.. maaf saya just nak tau.. berapa haarga yea kalau kita panggil orang wiring?

      Padam
  3. salam tuan / cikgu ..peti ais saya dua pintu , bahagian atas sejuk seperti biasa tapi bahagian bawah tak sejuk ..apa masalanyer...tolong bantu
    mustaqim3575@gmail.com

    BalasPadam
  4. salam tuan, kadang2 peti sejuk saya tak menyejuk. lepas tu tiba2 dia on balik (dengar bunyi kompressor). masalah tak berlaku selalu tapi kadang2. ape sebanya ye? Terima kasih

    BalasPadam
  5. Peti ais tak berfungsi selepas petir kuat (litar pintas). Dah check fius di plug (ok) ada arus.

    BalasPadam
  6. salam tuan / cikgu ..peti ais saya dua pintu , bahagian atas sejuk seperti biasa tapi bahagian bawah tak sejuk ..apa masalanyer...tolong bantu

    BalasPadam
  7. Blh sya tumpang tnya mcm mne nak smbung warya ke trmostar..temostar ade dua kaki kn.dn dawai dua kaki tu, wrya ape yg nk smbung...L / N

    BalasPadam